Lelaki Warga Asing Ditemui Mati Dalam Keadaan Separuh Bogel - Semasa | mStar

Lelaki Warga Asing Ditemui Mati Dalam Keadaan Separuh Bogel

KLANG: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di atas tangga rumah kedai berhampiran Stesen Bas Klang Sentral, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohamad Shukor Sulong berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30an itu ditemui orang awam kira-kira pukul 3 petang.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan awal mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian muka mangsa, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, saksi kejadian S. Prabu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata beliau menemui mayat itu ketika sedang meronda dengan seorang rakan sekerja.

"Saya ingat mangsa pengsan dan memercikkan air ke mukanya. Selepas mangsa masih tidak sedar, saya pegang leher mangsa dan mendapati dia sejuk.

"Saya juga lihat kesan lebam pada pipi kiri dan kesan percikan darah di muka mangsa serta dinding tangga," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain