suria

Budak 7 Tahun Kembali Ke Pangkuan Ibu Dari Jepun

PETALING JAYA: Yuka Suzuki, 7, akhirnya dapat memeluk ibunya, Teh Mui Yoong - seorang warganegara Malaysia - selepas mengharungi pahit getir perjalanan panjang yang memenatkan dari kediamannya di Fukushima, Jepun yang merupakan kawasan trercemar bahan radioaktif.

Teh memberitahu, anaknya sangat berani kerana ini merupakan kali pertama dia menaiki kapal terbang berseorangan dari Jepun ke Malaysia.

“Saya sangat gembira dapat bertemu ibu saya,” kata Yuka sambil bergenang air mata selepas disatukan dengan ibunya di Terminal Tambang Murah (LCCT), Isnin.

Berikutan kesukaran mendapatkan petrol dan jalan raya yang rosak, Teh memberitahu, Yuka dan suami Teh, Takayuki terpaksa mengharungi perjalanan dari Fukushima ke Tokyo selama 12 jam berbanding tiga jam sebelum bencana melanda Jepun.

Mereka tiba di Tokyo pada 20 Mac dan tinggal di rumah saudara Takayuki, sementara menanti urusan tiket kapal terbang kepada ibunya di Tangkak, Johor.

Ketua Kelab MCA Tokyo, Tam Yun Tong berkata, selepas Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa parti, Datuk Chor Chee Heung memberitahu AirAsia mengenai pahit getir yang dialami Yuka, syarikat penerbangan itu memutuskan untuk menaja perjalanan Yuka pulang.

Ditanya mengapa suami Teh masih di Jepun, Tam berkata, beliau terpaksa kembali ke untuk menjaga ibu bapanya.

“Dia terpaksa kembali kerana ibu bapanya sudah tua,” katanya.

Sejurus selepas gempa bumi mellanda negara itu baru-baru ini, Teh dilaporkan hilang, tetapi kemudian pulang sejak 7 Mac bersama anak bongsunya, Emi berusia 18 bulan kerana menghadiri majlis perkahwinan.

Walaupun telah membeli tiket untuk kembali ke Jepun pada 13 Mac, gempa dan tsunami yang melanda negara itu pada 11 Mac memaksanya menundakan tarik untuk pulang.

“Saya ucapkan penghargaa kepada MCA, AirAsia dan Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som kerana membantu kami," kata Teh.

Artikel Lain