Pakatan Pembangkang Makin Lemah, Tidak Akan Jejas BN Sarawak - Semasa | mStar

Pakatan Pembangkang Makin Lemah, Tidak Akan Jejas BN Sarawak

MUKAH: Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin parti pembangkang tidak mampu memberi saingan sebagai satu kuasa pakatan pada pilihan raya negeri kali ini.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana, pakatan yang disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti kebangsaan Sarawak (SNAP), DAP dan PAS itu masih bertelagah mengenai agihan kerusi.

"Tidak ada tanda-tanda mereka akan bertolak ansur dalam masa terdekat dan ini menjejaskan hubungan mereka.

"Berdasarkan perkara ini, saya tidak fikir mereka mampu menentang kita sebagai satu kuasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Perumahan Mesra Rakyat, di Kampung Nelayan, di sini, Isnin.

Abang Johari berkata perebutan kerusi bukan saja membabitkan PKR dan SNAP bagi kerusi di kawasan luar bandar yang bermajoritikan penduduk bumiputera, malah melibatkan PKR dan DAP bagi kerusi kawasan bandar.

"Semua ini jelas menunjukkan pakatan itu semakin runtuh," katanya.

Terdahulu semasa berucap, beliau menyeru masyarakat agar memastikan semua calon BN termasuk Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian, menang pada pilihan raya 16 April ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?