PRK Merlimau: Pusat Pengundian Ditutup, Keputusan Diumumkan 8 Malam - Semasa | mStar

PRK Merlimau: Pusat Pengundian Ditutup, Keputusan Diumumkan 8 Malam

JASIN: Kesemua tujuh pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Merlimau ditutup tepat pukul 5 petang, Ahad.

Peti-peti undi telah dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Politeknik Merlimau di sini.

Keputusan PRK dijangka diumumkan pukul 8 malam nanti.

Seramai 8,435 atau 78.98 peratus daripada 10,679 pemilih keluar mengundi.

Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, berdepan satu lawan satu dengan wakil PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.

Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel