26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar - Semasa | mStar

26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 buah kereta Perodua Myvi dan Viva baru yang ditempatkan sebuah gudang Perodua di bandar Puchong Jaya musnah apabila gudang berkenaan terbakar Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Supritendan (DSP) Lam Chien Fei berkata 20 buah kereta bagaimanapun berjaya diselamatkan manakala empat lagi rosak teruk dalam kebakaran pada 1 tengah hari itu.

"Gudang itu menyimpan 50 buah kereta Perodua Myvi dan Viva yang kesemuanya menunggu untuk dihantar kepada pelanggan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api dipercayai bermula di bahagian tengah sebelum merebak ke bahagian lain gudang.

Sementara itu Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong Pramnath Hariskisna berkata empat jentera bomba, masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya, Bukit Jalil dan Petaling Jaya bersama 50 anggota berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain