suria

Hukuman Penjara Enam Tahun Ke Atas Penuntut Nigeria Kekal

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang penuntut kolej warga Nigeria kerana kesalahan memperdagangkan seorang wanita Filipina bagi tujuan eksploitasi pada Januari tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memutuskan sedemikian selepas menolak rayuan tertuduh, Aneke Kelechi Innocent, 26.

Pada 22 September tahun lepas, Mahkamah Sesyen Kajang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap tertuduh selepas didapati bersalah memperdagangkan Shadin Hitroza, 23, di No: 28, Jalan Seri Aman, Batu 8, Cheras, Kajang, antara 4 Januari dan 14 Januari tahun lepas.

Innocent didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini.

Innocent tidak diwakili peguam sementara Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin hadir bagi pihak responden. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain