Kerajaan Pusat Belanja RM3.8 Bilion Setahun Untuk Kakitangan Awam Di Kelantan - Semasa | mStar

Kerajaan Pusat Belanja RM3.8 Bilion Setahun Untuk Kakitangan Awam Di Kelantan

KOTA BAHRU: Kerajaan persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Yahya Mamat.

Beliau berkata jumlah peruntukan itu atau kira-kira RM300 juta sebulan adalah untuk memastikan kakitangan awam di Kelantan mampu memberi perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.

"Peruntukan yang disalurkan itu lebih banyak, berganda-ganda daripada hasil perolehan negeri setiap tahun iaitu RM300 sehingga RM400 juta setahun," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Taklimat Keselamatan dan Isu-Isu Semasa di sini Ahad.

Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Penceramah pada majlis yang dihadiri kira-kira 117 agensi di Kelantan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Urus Setia Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Selain peruntukan mengurus kakitangan awam, Yahya berkata kerajaan turut meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

default image

Kronologi PRK Merlimau

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain