suria

Mohamad Khusrin Angkat Sumpah Kerahsiaan 12 Tengah Hari Ini

PETALING JAYA: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Khusrin Munawi akan mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pukul 12 tengah hari, Rabu.

Polemik angkat sumpah berkenaan bermula selepas Abdul Khalid kerap berdolak-dalik mengenainya apabila ditanya wartawan.

Pelbagai pihak mempersoalkan tindakan menteri besar itu yang dikatakan sengaja menangguh upacara berkenaan selain meletakkan pelbagai syarat kepada Mohamad Khusrin untuk menjalankan tugasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain