Jelajah Malaysia Mampu Promosi Negara Ke Seluruh Dunia - Rosmah - Semasa | mStar

Jelajah Malaysia Mampu Promosi Negara Ke Seluruh Dunia - Rosmah

KUALA LUMPUR: Acara 'Jelajah Malaysia' mampu mempromosikan negara ke seluruh dunia apabila perlumbaan berbasikal itu menjadi perlumbaan terbaik di rantau ini, kata penaung Jelajah Malaysia 2011 Datin Seri Rosmah Mansor.

Untuk itu, beliau berkata perancangan rapi harus dilakukan dari sekarang termasuk membabitkan penggiat sektor pelancongan.

"Ia boleh membabitkan syarikat pengembaraan untuk mengatur pakej pelancongan yang sesuai sempena jelajah ini. Selain daripada penginapan di hotel, para pelancong boleh juga menggunakan kemudahan homestay (inap desa)," kata isteri Perdana Menteri itu ketika melancarkan Jelajah Malaysia 2011, di sini Khamis.

Beliau berkata penganjur boleh menghebahkan aktiviti tersebut kepada kedutaan dan pesuruhjaya tinggi Malaysia di luar negara agar mereka turut mempromosikan acara berkenaan.

Selain itu katanya, penganjur juga boleh menjemput wakil media sukan dan media pelancongan dari negara luar untuk mengikuti siri jelajah terbabit dan membuat liputan dan siaran ke negara masing-masing.

Jelajah Malaysia ke-47 dengan tema "Jelajah 1Malaysia - Jelajah Rakyat anjuran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan melalui enam peringkat bermula di Kota Iskandar, Johor pada 8 Mac ini dan berakhir di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan pada 13 Mac.

Seramai 150 pelumba dari 34 pasukan dari dalam dan luar negara dijangka menyertai acara kali ini.

Antara pasukan luar negara yang akan mengambil bahagian ialah dari Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah, Oceania dan benua Asia, manakala pasukan tempatan pula dari Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur serta pasukan kebangsaan, selain Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan MSN Serantau.

Pasukan lain ialah TCT-Pro Asia Terengganu Cycling Team, LeTua Cycling Club, Felda Trengganu Cycling Team dan pasukan pelajar universiti pengajian tinggi di bawah Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jakim Lancar Kempen Anti Hari Valentine

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain