suria

Penunggang Motosikal Maut Digilis Treler Atas Jambatan

IPOH: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas digilis sebuah treler membawa muatan kayu balak di atas jambatan di Km 12 Jalan Kuala Kangsar-Manong malam Selasa.

Dalam kejadian pada pukul 9.05 malam itu, Rosli Ali, 32, dari Kenas, Kuala Kangsar, dipercayai bertembung dengan sebuah bas ketika cuba memotong lori berkenaan, kata Ketua Polis Trafik Perak Supt Wan Abdullah Ishak.

Rosli, yang bekerja sendiri, mengalami cedera parah di seluruh badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain