suria

Suhakam Bincang Isu Syiah Di Malaysia

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengadakan perbincangan meja bulat berhubung isu syiah di negara ini.

Pesuruhjayanya, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dalam satu kenyataan media berkata, keputusan untuk meneliti isu syiah diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada Selasa.

Ia ekoran aduan yang diterima oleh Suhakam mengenai ketidakpuasan berhubung cara yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk menangani isu syiah di negara ini.

Justeru itu, bagi mencari penyelesaian secara baik, SUHAKAM akan mengambil tindakan terhadap pihak yang berkenaan seperti agensi kerajaan, badan agama dan kedutaan.

Mahmood Zuhdi berharap, semua pihak akan memberikan kerjasama kepada Suhakam dalam usaha mencari penyelesaian tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain