suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

64 Pelajar Sarawak Selamat Keluar Dari Mesir, Tiga Masih Terkandas

KOTA SAMARAHAN: Seramai 31 lagi pelajar Sarawak yang menuntut di beberapa universiti di Mesir selamat keluar dari negara bergolak itu melalui "Ops Piramid" dan kini berada di Jeddah manakala tiga lagi masih terkandas namun dalam keadaan selamat.

Menteri Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata bahawa sebelum ini 33 pelajar daripada jumlah keseluruhan 67 pelajar Sarawak yang sedang menuntut di Mesir telah berjaya keluar dari Mesir dan telah selamat tiba di Sarawak beberapa hari lepas.

"Perkembangan terbaru yang kita terima ialah 31 lagi pelajar akan dibawa balik secara kumpulan dari Jeddah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Isnin.

Daud berkata pelajar yang berhasrat untuk terus menyambung pengajian di Mesir perlu menunggu sehingga keadaan kembali pulih.- BERNAMA

Artikel Lain