suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Pemimpin DAP Tawau Termasuk Ketua Publisitinya Keluar Parti

TAWAU: Seramai 10 orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN).

Tindakan kesemua 10 anggota parti pembangkang yang diketuai James itu diumumkan oleh naib presiden parti Gerakan Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina naib presiden berkenaan di sini Ahad.

James dan rakan-rakannya menyerahkan borang keahlian mereka ke dalam parti Gerakan kepada Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada majlis berkenaan dan menyerahkannya kepada Liew.

Menurut James, mereka bertindak keluar parti yang mereka dokong selama ini kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikannya.

James yang sudah sepuluh tahun bersama DAP berkata hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya telah berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.

Mengulas mengenai tindakan pemimpin-pemimpin DAP Tawau itu, Musa berkata, parti-parti pembangkang di Sabah sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa di negeri itu dan tindakan pemimpin-pemimpin DAP itu menunjukkan kelemahan parti berkenaan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Sehubungan itu, beliau yakin lebih ramai pemimpin dan ahli DAP akan keluar parti dan menyertai BN.

Sementara itu, Tan Sri Liew Yun Fah menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik dan petanda positif untuk BN merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sri Tanjung daripada DAP.

Beliau yakin masyarakat Cina di kawasan itu kini telah mula sedar bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberikan peruntukan pembangunan sekaligus membela nasib rakyat di kawasan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain