suria

27,737 Mangsa Banjir Johor Masih Di Pusat Pemindahan

JOHOR BAHRU: Seramai 27,737 orang daripada 6,680 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah di Johor sehingga pagi Isnin.

Sehingga pukul 8 pagi, kesemua mangsa di daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang itu ditempatkan di 100 pusat pemindahan, demikian menurut portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my.

Daerah Muar mencatatkan mangsa teramai dengan 10,574 orang daripada 2,633 keluarga, diikuti Batu Pahat (8,775 orang, 1,944 keluarga), Ledang (6,750 orang, 1,698 keluarga) dan Segamat (1,638 orang, 405 keluarga).

Daripada 100 pusat pemindahan yang dibuka, 28 daripadanya adalah di Muar, 37 di Batu Pahat, 16 di Segamat dan 19 di Ledang.

Setakat ini lima orang dilaporkan lemas akibat banjir di Johor. - BERNAMA

Artikel Lain