Ops Sikap: 14 Daripada 16 Kematian Libatkan Pengguna Motosikal - Semasa | mStar

Ops Sikap: 14 Daripada 16 Kematian Libatkan Pengguna Motosikal

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kematian direkodkan pada hari ketujuh Ops Sikap ke-23 semalam, dengan 14 daripada mangsanya adalah pengguna motosikal.

Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman pada Jumaat, dua mangsa korban jalan raya lain ialah pengguna kereta.

Statistik terbaru itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini meningkat kepada 103 orang sejak operasi itu bermula Khamis lepas.

Daripada 951 kemalangan yang berlaku semalam, jalan persekutuan mencatat jumlah tertinggi iaitu 314 kes, diikuti jalan bandaran (283), jalan negeri (188), lebuh raya (116) dan jalan-jalan lain (50 kes).

Dalam operasi semalam, sebanyak 10,034 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-23 yang berakhir Khamis depan, bertujuan mendidik pengguna memandu secara berhemah bagi mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya sempena sambutan perayaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?