suria

Plus Buka 10 Kaunter Tambah Nilai 'Touch N Go' Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: Plus Expressways Berhad (Plus) akan membuka kaunter Reload n'Go di 10 kawasan rawat dan rehat (R&R) terpilih sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini bagi memudahkan orang ramai menambah nilai kad PLUSMiles dan Touch n'Go mereka di lebuhraya.

Pengarah Urusan Plus, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, bagi tujuan itu lorong-lorang tambah nilai akan ditutup bermula 29 Januari hingga 6 Februari ini.

"Orang ramai boleh menambah nilai kad PLUSMiles dan Touch n'Go di stesen Petronas di R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan), R&R Sungai Perak (Arah Utara), R&R Tapah (Arah Utara), R&R Ulu Bernam (Arah Selatan), R&R Rawang (Arah Utara), R&R Seremban (kedua-dua arah), R&R Ayer Keroh(kedua-dua arah) dan Hentian Sebelah Simpang Pulai(Arah Selatan)," katanya dalam satu kenyataan disini, Isnin.

Katanya, orang ramai boleh menambah nilai kedua-dua kad bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam dan mereka tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan sekiranya menambah nilai d kaunter Reload n' Go yang dikendalikan Plus di kawasan R&R itu. - BERNAMA

Artikel Lain