Pramugari MAS Mati Disebabkan Sindrom Jet Lag - Semasa | mStar

Pramugari MAS Mati Disebabkan Sindrom Jet Lag

SEREMBAN: Suami pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang mati akibat terjatuh dari tingkat 9, Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda, minggu lepas, percaya kematian isterinya disebabkan sindrom lesu jet (jet lag).

Suami mendiang, Cheng Yin Chet, 39, mengesyaki isterinya mengalami keadaan itu semasa mendiang sedang menikmati keindahan bandar Amsterdam dari kawasan terbuka di tingkat 9, hotel tersebut di antara 12 tengah malam hingga 6 pagi (waktu Belanda).

"Sebelum isteri saya ditemui mati, dia ada beritahu saya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bahawa dia mengalami pening kepala atau jet lag," katanya kepada pemberita di rumahnya di Seremban 2 di sini Sabtu selepas tidak berpuas hati dengan pelbagai spekulasi media yang menyelubungi kematian isterinya.

Menurut kamus perubatan, jet lag merupakan satu keadaan yang biasa dialami dalam satu penerbangan yang jauh yang merentasi satu zon masa ke zon masa yang lain dan akan menyebabkan individu tersebut mengalami pening serta hilang keseimbangan badan.

Sehubungan itu, Cheng yang merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun hasil dari perkahwinan itu, menafikan isterinya membunuh diri.

"Isteri saya juga tidak bunuh diri dan tidak ada rancangan untuk bunuh diri. Hubungan kami sangat baik, mendiang sempat menghantar sms kepada abangnya di Malaysia untuk menjemput abangnya makan malam di rumah kami sempena sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau berkata, mendiang juga ada menghubunginya dari Belanda meminta Cheng menunggu kepulangannya untuk membeli-belah sempena sambutan perayaan itu.

Cheng juga melahirkan rasa kesal kerana ada spekulasi yang menyatakan bilik isterinya berselerak seperti diselongkar sedangkan perkara tersebut tidak berlaku dan wang tunai, kamera serta komputer bimbit milik mendiang masih berada di biliknya dan tidak hilang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain