suria

Empat Sekeluarga Hilang Tempat Tinggal Akibat Rumah Terbakar

SANDAKAN: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Lupak Meluas Darat dekat sini, Khamis.

Ketika kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi, kesemua anggota keluarga itu tiada di rumah menyebabkan pakaian dan barangan gagal diselamatkan dari rumah berkenaan.

Anang Said, 65, isteri pemilik rumah itu berkata sebelum kebakaran berlaku beliau berada di rumah jirannya manakala suami dan dua anak perempuannya keluar bekerja.

Katanya beliau hanya mengetahui rumahnya terbakar selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung tetapi apabila tiba di rumahnya, api sudah merebak memusnahkan rumahnya.

"Saya gagal menyelamatkan apa-apa barang dan pakaian dari dalam rumah. Buat sementara waktu, kami sekeluarga akan tinggal di rumah saudara di kampung ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Apandi Mahmood berkata dua jentera bersama 14 anggota dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.25 pagi dan api dapat dikawal 30 minit kemudian sebelum merebak ke rumah berdekatan.

Katanya tiga rumah bersebelahan rumah itu turut rosak terkena serpihan api, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain