suria

Mualaf Bebas Tuduhan Rogol Ibu Tunggal

AMPANG: Seorang mualaf yang juga pencermah motivasi yang dilepas dan dibebaskan daripada dua tuduhan merogol seorang ibu tunggal menyifatkan perkara yang terjadi adalah ujian buat dirinya.

Muhamad Zul Lee Abdullah, 33, hanya mengucapkan syukur terhadap keputusan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Noradidah Ahmad pada Isnin.

“Alhamdulillah. Saya berasa amat bersyukur dengan keputusan mahkamah. Apa yang berlaku sebelum ini, saya terima dengan redha dan anggap ia sebagai ujian daripada-Nya,” katanya.

Terdahulu, Noradidah melepas dan membebaskan Muhamad Zul Lee selepas mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan untuk dia dipanggil membela diri.

Muhamad Zul Lee yang diwakili oleh peguam Leng Wie Mun sebelum ini menghadapi lima tuduhan, termasuk dua tuduhan merogol yang didakwanya berlaku dua tahun lalu.

Dia didakwa mendatangkan kecederaan terhadap mangsa pada antara pukul 3 petang dan 11 pagi, 20 November dan 27 November 2009.

Selain itu, dia juga didakwa menghalang mangsa daripada keluar rumah yang terletak di Jalan Pandan Indah, Pandan Indah, di sini, dan turut dituduh mengugut untuk membunuh mangsa.

Muhamad Zul Lee juga didakwa merogol mangsa pada pukul antara 9 dan 9.30 malam, 21 dan 25 November 2009.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali.

Artikel Berikut

Artikel Lain