suria

Laporan Polis Terhadap Suhaimi Shafiei Keluar Kenyataan Hina Institusi Raja Melayu

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei kerana didakwa mengeluarkan kenyataan biadap dan derhaka terhadap institusi Raja-raja Melayu di laman blognya.

Laporan polis itu dibuat oleh Gerakan Belia 4B dan Kelab Rakan Muda Petaling Jaya di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini kira-kira pukul 2.30 petang.

Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Petaling Jaya Ridzuan Mahidin berkata laporan itu dibuat bagi menggesa polis segera menyiasat kes itu kerana mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap institusi Raja-raja Melayu.

"Kami merasakan ini tanggugjawab kami kerana ia melibatkan institusi Raja-raja Melayu yang telah dipertikaikan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu di sini, Khamis.

Ridzuan dalam pada itu turut mencadangkan tuduhan mengikut Seksyan 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap individu seperti itu kerana perbuatan mengugut Sultan Selangor adalah perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu.

"Perbuatan seperti itu tidak boleh dibiarkan kerana amatlah biadap bagi mana-mana rakyat melakukan perbuatan derhaka seperti itu," katanya.

Shuhaimi didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut serta mempertikaikan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi di laman blognya, srimuda.blogspot.com/2010.12. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tujuh GRO Rakyat China Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Lain