'Teach For Malaysia' Pelengkap Inisiatif Tingkat Mutu Pendidikan Negara - Semasa | mStar

'Teach For Malaysia' Pelengkap Inisiatif Tingkat Mutu Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR: Program 'Teach For Malaysia' yang dilancarkan hari ini bakal melengkapi inisiatif penting yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata ini kerana program itu berkait rapat dengan dasar dalam Rancangan Malaysia ke-10 yang bertujuan membangunkan modal insan berkualiti.

"Sungguhpun fokus utama program ini adalah untuk membekalkan guru yang berkualiti kepada sekolah-sekolah berpencapaian rendah, program ini adalah berkait rapat dengan dasar di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

"Usaha ini adalah teras kepada percambahan inovasi dan pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi yang merupakan matlamat utama negara kita pada waktu ini," katanya ketika berucap melancarkan program itu di sini.

Beliau berharap program itu akan dapat menarik minat graduan-graduan cemerlang akademik untuk menyumbang kepada sektor pendidikan.

Program 'Teach For Malaysia' atau 'Mendidik Demi Malaysia' berasaskan konsep mengajar sambil berbakti yang dipelopori oleh rangkaian global, Teach For All, yang memberi peluang kepada graduan cemerlang untuk berkhidmat kepada negara dengan menyertai profesion perguruan setelah menamatkan pengajian di universiti.

"Saya percaya dengan bakat dan ilmu yang dimiliki, para graduan cemerlang yang menyertai program ini akan dapat melaksanakan tugas sebagai guru dengan efektif, sekaligus membantu meningkatkan pencapaian murid terutamanya di sekolah-sekolah berprestasi rendah," katanya.

Muhyiddin berkata Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara dan ketiga di Asia selepas India dan Cina yang melaksanakan inisiatif penting itu.

Katanya program itu telah dimasukkan dalam RMK-10 dan dikenal pasti sebagai program yang mampu memantapkan kualiti profesion keguruan di negara ini berdasarkan kejayaan yang telah dicapai di Amerika Syarikat dan United Kingdom melalui pelaksanaan Teach For America dan Teach First UK.

Kementerian Pelajaran menjalankan kajian awal untuk melihat kebolehlaksanaan program itu di Malaysia pada 2009. Muhyiddin berkata kewujudan program itu merupakan satu petanda baik mengenai tahap penglibatan sosial yang tinggi dalam kalangan generasi muda negara bagi menangani isu dan cabaran pendidikan.

"Saya percaya sekiranya kita memberi sokongan yang padu kepada generasi muda kita untuk melaksanakan program ini, kita sebenarnya telah membuat satu pelaburan bijak untuk masa depan negara," katanya.

Muhyiddin berkata penempatan peserta Mendidik Demi Malaysia di sekolah-sekolah berkeperluan tinggi akan bermula pada Januari 2012.

Program kerjasama Kementerian Pelajaran dan Yayasan Teach For Malaysia itu membuka permohonan penyertaan bermula 11 Januari tahun depan dan peserta terpilih diwajibkan menjalani kursus intensif selama lapan bulan di Insitut Aminuddin Baki sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih selama dua tahun.

Latihan itu akan melayakkan peserta untuk menyertai profesopn perguruan sekiranya mereka berminat selepas menamatkan program berkenaan, katanya. Pada sidang akhbar kemudian, Muhyiddin berkata beliau yakin program itu akan mendapat sambutan graduan berdasarkan jumlah permohonan bagi mengikuti profesion perguruan iaitu kira-kira 10,000 setiap tahun.

Seramai 50 peserta akan terlibat dalam sesi pertama program itu, dengan dua peserta ditempatkan di setiap sekolah yang berkeperluan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan belum menetapkan jumlah sekolah yang akan terlibat dalam program berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain