suria

Polis Teliti CCTV Di Tempat Pembunuhan Warga Emas

GEORGE TOWN: Polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Jalan Gat Lebuh Gereja bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian bunuh seorang wrga emas semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner (ACP) Gan Kong Meng berkata polis telahpun mendapat salinan rakaman itu bagi melihat bagaimana kes pembunuhan itu berlaku.

"Berdasarkan keterangan beberapa saksi, ada seorang lelaki berbadan besar dan berpakaian t-shirt hitam dilihat keluar dari kereta mangsa dan mencampakkan sesuatu ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin. Moey Guan Chin, 89, ditemui mati dalam sebuah kereta di tepi jalan Gat Lebuh Gereja dengan kesan kelar pada bahagian lehernya.

Gan berkata polis menemui sebilah pisau sepanjang 10 sentimeter dalam longkang berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain