suria

Malaysia Hampiri Capai Sasaran Negara Maju

KEPALA BATAS: Malaysia hampir mencapai sasaran negara maju menerusi pelbagai pendekatan dan strategi yang diaplikasikan kerajaan dalam usaha mengawal krisis ekonomi sejak sedekad lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga, kerajaan melaksanakan pelbagai mekanisma dan inisiatif untuk membantu rakyat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

"Pelbagai usaha telah dilakukan untuk jaminan masa depan yang lebih baik seperti dapat mengakhiri dekad ini dengan pendapatan lebih RM27,000 per kapita.

"Kita ada kepimpinan dan strategi yang berani untuk membawa perubahan bagi mencapai hasrat negara menjadi sebuah negara maju, dengan pendapatan tinggi pada 2020 nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 342 individu yang tersenarai dalam program e-kasih di sini, Sabtu.

Nor Mohamed berkata selain itu, usaha berterusan kerajaan bagi meningkatkan kemahiran di kalangan pelajar dan belia dalam bidang vokasional, merupakan alternatif bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir.

"Cabaran utama kerajaan sekarang ialah untuk mewujudkan bidang pekerjaan bertaraf profesional, dan bukannya teknologi mudah seperti bidang elektronik yang dibawa masuk ke negara kita sebelum ini," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

WikiLeaks: DAP Nafi Jadi Dalang

Artikel Berikut

ADUN Tenang Meninggal Dunia

Artikel Lain