Kastam Jamin Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir Tidak Dibolosi - Semasa | mStar

Kastam Jamin Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir Tidak Dibolosi

KUALA TERENGGANU: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan menempatkan antara 45 dan 50 anggotanya di kawasan bebas cukai Tasik Kenyir apabila kawasan itu mula beroperasi pada Ogos 2012 nanti.

Pengarah KDRM negeri, Datuk Azis Yaacob berkata, penempatan anggota itu adalah bagi kerja-kerja percukaian dan segala urusan berkaitan di kawasan berkenaan.

"Kastam juga akan menempatkan tiga buah bot laju bagi meronda kawasan-kawasan difikirkan berisiko iaitu jika ada ruang-ruang penyeludupan di dalam tasik seluas 65,417 hektar itu.

"Kita jamin kebocoran hasil negara tidak akan berlaku di kawasan bebas cukai Tasik Kenyir kerana kita juga akan membina pagar di tempat-tempat tertentu di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada ruang untuk menyeludup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir bersama pemimpin masyarakat kawasan Hulu Terengganu yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Ahad.

Azis berkata kewujudan zon bebas cukai di Tasik Kenyir adalah unik dan merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini dan yang kedua di dunia selepas Amerika Selatan kerana ia terletak di dalam tasik.

Katanya sehingga ini Malaysia mempunyai lima kawasan zon bebas cukai iaitu di Setulang Laut, Pulau Tioman di Johor, Pulau Langkawi (Kedah), Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang (Kelantan).

"Tetapi zon bebas cukai di Tasik Kenyir adalah yang paling unik dan istimewa kerana ia terletak di dalam tasik. Istimewanya kerana kita berbelanja di situ, duit tidak mengalir keluar dan tidak terlibat dengan pertukaran wang asing," katanya.

Azis juga mencadangkan agar kerajaan membina satu pusat latihan Kastam untuk zon timur di Tasik Kenyir dan mewujudkan lapang sasar kerana Kastam terlibat dengan penggunaan senjata api.

Katanya pada masa ini Kastam mempunyai pusat latihan di Melaka, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Langkawi.

"Jadi kita mohon sebuah pusat latihan atau pusat latihan penguatkuasa diwujudkan di kawasan bebas cukai Tasik Kenyir," katanya.

Sementara itu. Ahmad berkata kerja-kerja pembersihan tapak terutama kawasan jeti pendaratan akan dimulakan pada minggu hadapan melibatkan kawasan seluas 40 hektar.

Kerja-kerja pemasangan kabel elektrik sepanjang 23 kilometer dari Kuala Ping yang menelan belanja RM30 juta oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka bermula Januari depan.

"Kita sudah mendapat persetujuan daripada tuan-tuan tanah yang membenarkan tanah mereka digunakan bagi laluan kabel elektrik walaupun bayaran belum dibuat.

"Ada juga sebahagian kecil sahaja tuan tanah yang terlibat tidak memberi kerjasama membenarkan tanah mereka digunakan kerana bimbang kerajaan tidak bayar pampasan," katanya.

Ahmad berkata apabila kawasan bebas cukai berkenaan beroperasi kelak, beliau yakin kedatangan pelancong ke Terengganu akan berlipat ganda daripada antara tiga hingga empat juta pelancong setahun pada masa kini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain