suria

PKNS, Transparency International Jalin Kerjasama Integriti Korporat

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Transperancy International bagi melaksanakan Sistem Integriti Korporat Bersepadu dalam semua urusan dan urusniaganya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Khamis, PKNS menegaskan, sistem itu akan menjamin perbadanan berkenaan diurus tadbir secara lebih telus, efisien dan bebas daripada sebarang unsur penyelewengan seperti rasuah, salah guna kuasa atau salah urus tadbir.

Amalan ini akan meletakkan PKNS dalam tahap standard yang lebih tinggi dan setaraf dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

"Walau bagaimanapun, rakyat Selangor tidak perlu bimbang kerana kepentingan dan kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan bagi setiap program yang dilaksanakan PKNS," kata kenyataan itu lagi.

Perbadanan itu menegaskan bahawa ia mengambil berat akan setiap aduan yang dibuat terhadapnya dan siasatan audit oleh juru aduit bebas sedang dijalankan supaya keputusannya dapat didedahkan kepada orang ramai bagi mengelak sebarang prasangka.

Sehubungan dengan itu, warga kerja PKNS diminta membuka minda dan melihat setiap kritikan yang diterima sebagai satu perkara yang positif untuk menjadikan PKNS lebih baik dan bertanggungjawab.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain