Kes AminulRasyid: Tembak Mungkin Hentikan Kereta - Semasa | mStar

Kes AminulRasyid: Tembak Mungkin Hentikan Kereta

SHAH ALAM: Tembakan yang dilepaskan terhadap kereta yang dipandu oleh seorang pelajar Tingkatan Tiga, AminulRasyid Amzah pada malam dia ditembak mati berkemungkinan dilepaskan untuk menghentikan kereta tersebut. Ahli kima di Jabatan Kimia Malaysia, Shaari Desa, 43, yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, membuat kesimpulan itu berdasarkan corak tembakan yang banyak mengenai bahagian bawah kereta termasuk tayar.

Bagaimanapun, Shaari yang disoal balas oleh peguam M. Athimulan turut bersetuju bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan sama ada kereta Proton Iswara BET 5023 yang dipandu oleh mangsa berada dalam keadaan bergerak atau statik.

Saksi pendakwaan ke-24 itu juga mengakui bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kejadian itu, termasuk siapa yang terlibat dan juga berapa senjata yang digunakan pada kejadian yang berlaku awal pagi April lalu.

Selain itu, Shaari juga bersetuju bahawa beliau tidak melakukan ujian pengesanan cap jari bagi mengetahui pemilik sub machine gun yang telah melepaskan tembakan. Ujian tersebut juga tidak dilakukan pada kelongsong peluru yang ditemui dalam siasatan kes tersebut.

“Ujian cap jari bukan berada di bawah tugasan saya. Ia di bawah bidang kuasa pasukan forensik,” katanya.

Menjawab soalan peguam Salim Bashir, saksi memberitahu beliau tidak menerima mahupun membuat permintaan untuk mendapatkan pakaian yang dipakai oleh suspek untuk dibuat ujian pengesanan sisa serbuk senjata api.

“Ujian sisa serbuk senjata api adalah penting untuk dilakukan dan ianya boleh didapati pada tangan atau pakaian penembak yang berdekatan dengan bahagian ruang pengisian peluru semasa kelongsong ditolak keluar dalam proses tembakan. Itu adalah faktor penting,” jelasnya lagi.

Shaari juga memberitahu, kesan geseran yang terdapat pada kereta tersebut adalah konsisten disebabkan oleh objek keras seperti konkrit manakala roda kereta pula telah kempis.

“Pemeriksaan menunjukkan tiada sebarang kesan paksaan iaitu burn mark pada permukaan bunga tayar bermaksud tiada kesan undur atau paksaan pada kereta itu untuk bergerak.

“Bahagian tayar telah kempis dan kenderaan masih bergerak menyebabkan bahagian dalam dinding tayat pecah disebabkan oleh berat kereta tidak dapat ditampung oleh roda-roda,” katanya.

Bagaimanapun, saksi tidak dapat menyatakan jarak kereta bergerak sebelum tayar kempis kerana ia bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan jalan dan cara pemanduan.

Menurut saksi lagi, kelajuan peluru yang amat tinggi menjadi punca mengapa cermin belakang kereta tidak pecah, sebaliknya hanya retak dan berlubang hingga menembusi tempat letak kepala pemandu.

Prosiding perbicaraan Rabu dimulakan dengan seluruh pihak yang terlibat melihat kereta yang terletak di kawasan tempat letak kereta mahkamah bagi membolehkan Shaari menunjukkan setiap kesan tembakan.

‘Bersenjatakan’ kayu pengukur berwarna kuning, Shaari menunjukkan satu lubang peluru yang menembusi bahagian cermin belakang kereta kepada Hakim Latifah Mohd Tohar.

Kereta penunda juga digunakan untuk mengangkat bahagian belakang kereta bagi melihat lubang-lubang tembakan yang terdapat di bahagian bawah kereta.

Dalam kes ini, Koperal Jenain Subi, 48, sedang dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, yang didakwa berlaku antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Dia yang bertugas di Cawangan Kereta Peronda dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung Khamis dan pihak pendakwaan dijadualkan akan memanggil pakar forensik untuk memberi keterangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain