suria

Pelakon Lelaki Ditahan Kerana Dadah

PETALING JAYA: Seorang pelakon filem Evolusi KL Drift dicekup polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, pelakon berusia 30 tahun itu ditahan bersama tunangnya ketika menunggu bekalan dadah jenis metafetamin di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) di Ampang dekat sini.

Katanyan, saringan awal di ibu pejabat polis daerah itu mendapati kedua-dua mereka positif metafetamin.

“Ketika ditahan kira-kira pukul 8 malam, kedua-dua mereka menunggu bekalan dadah, dipercayai daripada bekas kekasih wanita terbabit yang menetap di kawasan berhampiran.

" Pelakon itu mengaku mengambil dadah itu sejak sembilan bulan lalu.

“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya,” katanya memetik laporan akhbar.

Kerjaya seni artis terbabit bermula sebagai anggota sebuah kumpulan muzik, namun hanya tampil dengan sebuah album sebelum dibubarkan.

Selain watak utama beberapa drama, dia juga sering tampil sebagai pelakon pembantu di sebuah syarikat perfileman terkemuka.

Artikel Lain