suria

BN Rampas Galas, Majoriti Meningkat Kepada 1,190

Calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff (tengah) diraikan oleh pemimpin parti komponen BN selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Galas di Dewan Sivik Gua Musang di sini malam tadi. - Foto BERNAMA.
Calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff (tengah) diraikan oleh pemimpin parti komponen BN selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Galas di Dewan Sivik Gua Musang di sini malam tadi. -Foto BERNAMA.
Calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff (tengah) diraikan oleh pemimpin parti komponen BN selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Galas di Dewan Sivik Gua Musang di sini malam tadi. -Foto BERNAMA.

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi.

BN yang diwakili Ab Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi sakaligus mengecewakan lawannya daripada PAS, Dr Zulkefli Mohamed yang memperolehi sebanyak 4,134 undi.

Undi rosak sebanyak 132.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Galas, Wan Mustaffa Wan Abdul Hamid kira-kira pukul 8.55 malam Khamis di pusat penjumlahan undi di Dewan Pusat Sivik di sini.

Peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil kali ini ialah 83 peratus.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Allahyarham Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada BN dengan majoriti 646 undi.Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Paloh.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain