suria

Gempa Bumi Lemah Di Laut Banda Awal Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 4.9 pada skala Richter dikesan di Laut Banda, iaitu kira-kira 406km tenggara Ambon, Indonesia dan 1,836km tenggara Tawau, pada pukul 3.23 pagi Isnin.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa itu tidak mencetuskan ancaman tsunami.

Jabatan Meteorologi juga berkata ia sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan lanjut nanti. - BERNAMA

Artikel Lain