Semua Calon Berpeluang Menang Di Galas, Batu Sapi - Semasa | mStar

Semua Calon Berpeluang Menang Di Galas, Batu Sapi

PETALING JAYA: Calon-calon sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi mempunyai peluang seimbang, menurut para penganalis politik.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Atory Hussain berkata, walaupun calon BN dilihat paling menonjol kerana jentera kempen dikemudi oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang berpengaruh di peringkat Parlimen, namun ia mungkin berbeza mengikut pandangan Orang Asli di kawasan tersebut.

"Orang Asli bagaimanapun mungkin tidak memahami konsep struktur dan hierarki di Parlimen. Mereka barangkali tidak cukup memahami Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil tersebut.

"Oleh itu, konsep hierarki tersebut dilihat tidak begitu berkesan," katanya kepada mStar Online, Isnin.

BN mencalonkan bekas Pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang juga Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff di Galas.

Manakala pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon PAS.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas mempunyai seramai 7,125 pengundi Melayu, 2,317 (Cina), 1,889 (Orang Asli), dan 185 (India).

Ahmad Atory berkata, apa yang paling penting ialah pengumuman yang konkrit iaitu projek pembangunan yang serta-merta seperti pembinaan 1,800 projek perumahan.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan pihak pembangkang akan menggunakan isu royalti minyak untuk memancing undi kerana setakat ini, strategi itu agak berkesan bukan sahaja di Galas bahkan di seluruh negeri Kelantan.

Tambahnya, pengaruh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS turut memainkan peranan penting dalam pilihan raya itu.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi pula, pemilihan Datin Linda Tsen Tsau Lin, 54, untuk mempertahankan kawasan itu yang dimenangi mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah adalah kerana beliau mempunyai faktor boleh menang.

Beliau menyifatkan pertandingan antara Linda dan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri Sabah sebagai buku bertemu ruas selain calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah.

Jelasnya, ini kerana karisma Yong sama seperti ketokohan Tan Sri Mohd Isa Samad yang diperlukan BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang tahun lalu.

"Kehadiran calon SAPP dan PKR di Batu Sapi adalah memihak kepada BN, tetapi jangan salah sangka kerana akhirnya pengundi yang akan buat keputusan," kata pensyarah tersebut.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling turut berpendapat calon-calon baik dari kerajaan mahupun pembangkang mempunyai peluang sama rata di Galas.

"Calon PAS pernah bertanding dan walaupun kalah kepada Tengku Razaleigh, popularitinya sudah ada. Cuma Umno atau BN mempunyai peluang yang baik sekiranya pengundi di Galas menyokong Tengku Razaleigh.

"Masalahnya pada 2008, kawasan yang dulunya kubu BN telah "dirampas". PAS sudah berjaya memecahkan kubu kuat BN tetapi pada pilihan raya di Manek Urai di kawasan Gua Musang, calon Umno pula berjaya merampas kembali kawasan tersebut. Ini bermakna peluang masih 50:50.

"Tambahan pula, kebanyakan ADUN di Hulu Kelantan (Gua Musang) adalah dari Umno. Kedua-duanya kena bekerja keras," katanya.

Mengenai pemilihan Linda Tsen sebagai calon BN di Batu Sapi, Zainal berkata, BN cuba meneruskan populariti mendiang suaminya.

Beliau menyifatkan calon BN bakal berdepan persaingan sengit dari Yong kerana beliau bukan calang orang di situ.

"Pengaruh PKR tidak begitu kuat lagi di Batu Sapi. Justeru, mereka letak ketua parti mereka yang tinggi pengaruh di situ dengan harapan pengaruh mereka dapat memancing undi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain