suria

BAJET 2011: RM350 Juta Untuk Program Banteras Jenayah

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk melaksanakan pelbagai program membanteras jenayah dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membanteras jenayah pecah rumah, kecurian motosikal dan kereta serta menjalankan program bandar selamat dan program Skim Rondaan Sukarela terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

Ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, indeks jenayah jalanan menurun 38 peratus manakala indeks jenayah keseluruhannya menurun kepada 16 peratus.

Selain itu, katanya kerajaan akan menambah 25 mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain