Polis Sahkan Mayat Separuh Bogel Adalah Jururawat, Seorang Lelaki Ditahan - Semasa | mStar

Polis Sahkan Mayat Separuh Bogel Adalah Jururawat, Seorang Lelaki Ditahan

KOTA KINABALU: Polis hari ini mengesahkan mayat seorang wanita separuh bogel yang dijumpai dihumban ke dalam sebuah longkang di Taman Kingfisher dekat sini, Selasa adalah jururawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an telah ditahan petang semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat itu, dan menolak rompakan sebagai motif pembunuhan.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan lain, seorang pemandu lori sebuah kedai menjual perkakasan di jalan pintas Tuaran dekat Inanam di sini, telah menjumpai selonggok kain yang kelihatan seperti pakaian seragam jururawat di belukar berhampiran longkang kedai tersebut.

Perkara itu dimaklumkan kepada majikannya yang hanya menghubungi polis kira-kira 2 petang selepas membaca laporan akhbar mengenai penemuan mayat jururawat berkenaan di lokasi yang terletak tidak jauh dari kedainya iaitu kira-kira satu kilometer.

Semalam, mayat Annie John Dismas, 39, dijumpai dalam keadaan mereput dengan kecederaan di kepala.

Dia dilaporkan hilang selepas berbual menerusi telefon dengan tunangnya kira-kira 3 petang.

Mangsa juga dilaporkan memberitahu tunangnya yang dia akan pergi ke Universiti Terbuka Malaysia untuk menghadiri kursus, dan kemudiannya ke Hospital Queen Elizabeth untuk melawat neneknya.

Bagaimanapun, Annie tidak pulang ke rumah malam itu.

Keesokan harinya, kereta Perodua Kancil milik mangsa ditemui kira-kira 2 pagi di Lorong Dewan, berhampiran Hotel Garden di pusat bandar raya.

Bapa mangsa, John Dismas berkata Annie dan tunangnya tiba ke bandar raya ini pada 30 September, dari Kudat, tempat dia bekerja.

Pasangan itu menginap di rumah tunang Annie di Kampung Mahandoi, Penampang dekat sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Teruskan Siasatan Kes Orang Hilang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain