Polis Bertugas PRK Galas Akan Mengundi Pos Awal - Semasa | mStar

Polis Bertugas PRK Galas Akan Mengundi Pos Awal

GUA MUSANG: Seramai 127 pengundi pos membabitkan anggota polis yang bertugas semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galasboleh mengundilebih awal iaitu selepas hari penamaan calon pada 26 Okt.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata pihaknya memerlukan masa untuk mencetakkertas undi itu sebelum dibawa ke Gua Musangdan tidak ada masalah untuk mereka mengundi nanti.

Beliau berkata, sudah menjadi peraturan untuk memberi kebenaran kepada petugas pilihan raya termasuk anggota polis mengundi lebih awal sebagai pengundi pos.

"Kita belum dapat menetapkan tarikh sebenar untuk pengundi pos itu tetapi kita jangka tidak lama selepas penamaan calon nanti," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat persiapan pilihan raya kecil DUN Galas di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini, Selasa.

Noordin juga berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan di Gua Musang sama ada di tempat penamaan calon, pusat pengundian dan tempat perjumlahan undi.

Beliau berkata pilihan raya kecil itu akan membabitkan 13 pusat pengundian dengan 25 saluran termasuk di Pos Orang Asli di pedalaman Gua Musang.

"Di tempat pengundian Orang Asli, kita sediakan helikopter bagi memudahkan urusan menghantar dan membawa balik kertas undi sebaik sahaja lepas mengundi pada petang hari," kata Noordin.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46 akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 26 Okt sementara 4 Nov ialah hari mengundi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Persidangan Wanita-Wanita Pertama Diteruskan

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Pilu tiga ibu rayu anak pulang