Shahrizat Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan Maut Bas Ekspres - Semasa | mStar

Shahrizat Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kemalangan Maut Bas Ekspres

SERI KEMBANGAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan kemalangan maut di Simpang Ampat pada malam Ahad.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu beliau akan melawat keluarga mangsa terlibat petang ini.

“Saya bagi pihak kementerian ingin menyampaikan ucapan takziah, saya berasa amat sedih kerana kerana salah sebuah bas yang terbabit dengan kemalangan merupakan bas yang dipinjamkan untuk membawa pegawai kementerian.

“Insya-Allah selepas selesai majlis ini saya akan melawat keluarga mangsa yang terlibat, kerana ia merupakan tragedi yang menyedihkan hati kami,” katanya selepas menghadiri majlis pra-persidangan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama di Hotel Palace of The Golden Horses pada Isnin.

Semalam, 12 orang maut sementara 40 lagi cedera apabila dua buah bas, dua kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Rembau.

Nahas tersebut berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung kea rah bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada pukul 6.50 petang semalam.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain