Media Perlu Beri Gambaran Baik Isu Hubungan Malaysia - Indonesia - Semasa | mStar

Media Perlu Beri Gambaran Baik Isu Hubungan Malaysia - Indonesia

KUALA LUMPUR: Media dan bloger perlu memberikan gambaran baik serta tepat agar isu hubungan Malaysia-Indonesia tidak disensasikan,kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, teknologi media dan komunikasi semakin canggih boleh membantu memudahkan hubungan kedua-dua negara.

"Pun begitu, ia perlu dimanfaatkan dengan cara dan niat yang betul serta tidak disalahgunakan agar tidak disalah tafsir oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Amal Sempena 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-Indonesia di sini, malam Ahad.

Muhyiddin berkata, sebarang bentuk ketegangan atau kontroversi tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Sehubungan itu katanya, setiap perkara perlu melalui rundingan secara muhibah dan bermusyawarah bagi memastikan tindakan dua hala melalui proses runding cara.

"Isu-isu yang timbul melibatkan elemen sensitiviti dan berasaskan sentimen seharusnya diuruskan secara berhemah dan bijak.

"Justeru, kerajaan akan sentiasa mengambil inisiatif berterusan untuk mengekalkan keharmonian dan hubungan kerjasama dua hala strategik," katanya.

Menurut beliau, amalan tradisi seperti kekerapan lawatan dan pertemuan antara pemimpin akan diteruskan.

Katanya, diharapkan hubungan baik ini dilakukan juga oleh golongan lain seperti badan bukan kerajaan (NGO), perniagaan dengan perniagaan, majikan dan pekerja serta rakyat kedua-dua negara.

"Kerjasama antara Malaysia dan Indonesia meliputi pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, pendidikan, kebudayaan dan sosial," katanya.

Indonesia merupakan rakan dagang Malaysia ketiga terpenting di kalangan negara Asean.

Jumlah dagangan Malaysia-Indonesia meningkat lebih tiga kali ganda sepanjang 10 tahun dari RM9.59 bilion pada tahun 1999 kepada RM35.26 bilion pada 2009.

Hubungan kedua-dua negara kebelakangan ini cuba diganggu-gugat oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang dipercayai diupah oleh pihak tertentu berkaitan beberapa isu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain