suria

Polis Cari Saksi Kes Dadah

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mencari seorang lelaki dikenali sebagai Ong Thong Soo untuk hadir sebagai saksi pada perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi (7) Pulau Pinang di sini.

Menurut polis dalam satu kenyataan hari ini, lelaki berusia 37 tahun itu memegang kad pengenalan bernombor 731124-07-5565 dan alamat terakhirnya adalah No 1095, Jalan Bukit Tambun, 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

Ong diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah no 45-104-08 berkaitan Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka yang mengenali atau mengetahui di mana Ong berada diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Insp Siti Nurshida Ali di talian 019-2316795.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain