suria

Golongan OKU Masih Sukar Dapat Pekerjaan

KUALA LUMPUR: Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) masih sukar mendapatkan pekerjaan kerana peluang disediakan bagi mereka sama ada dalam sektor awam mahupun swasta masih terbatas, kata Presiden Pertubuhan Orang Cacat Perlihatan Mohammed Nazari Othman.

Sehubungan itu beliau berharap sektor kerajaan akan dapat memainkan peranan bagi menghapuskan stigma terhadap keupayaan golongan OKU menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Beliau juga berkata golongan OKU juga perlu menyediakan diri mereka dengan kebolehan tertentu sesuai dengan kerja yang ditawarkan kepada mereka.

"Dalam bidang tertentu golongan OKU seperti yang cacat penglihatan mempunyai kebolehan yang setanding dengan mereka yang normal," katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Pemantapan Jati Diri Wanita OKU Cacat Penglihatan Peringkat Kebangsaan 2010 dan Penyampaian Anugerah Pelajar OKU Penglihatan Cemerlang di sini, Ahad.

Seramai 25 wanita cacat penglihatan menyertai bengkel selama tiga hari itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain