suria

R. Kannan Presiden Baru Makkal Sakti

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha agung Makkal Sakti Kannan Ramasamy menang tanpa bertanding sebagai presiden baru parti itu pada mesyuarat agung luar biasa dan tahunannya di sini, Sabtu.

Walaupun ada bantahan agar mesyuarat itu tidak diadakan tetapi ia berjalan dengan lancar yang dihadiri kira-kira 300 perwakilan.

Parti itu menghadapi kemelut kepimpinan dan konflik dalaman sejak akhir tahun lepas setelah ditubuhkan enam bulan.

Mengenai dakwaan R. S. Thanenthiran bahawa beliau masih lagi presiden parti, Kannan berkata Thanenthiran adalah presiden sehingga 17 Januari lepas.

Berdasarkan perlembagaan parti, 14 daripada 26 anggota jawatankuasa mengadakan mesyuarat untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Thanenthiran dan menyingkirkan keanggotaannya, kata beliau.

Kannan berkata mereka telah memberikan surat tunjuk sebab kepada Thanenthiran bahawa beliau tidak mengambil peduli dan semua mesyuarat parti itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain