Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Ke Atas 'Datuk' Dan 'Datuk Seri' Palsu - Pemuda MIC - Semasa | mStar

Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Ke Atas 'Datuk' Dan 'Datuk Seri' Palsu - Pemuda MIC

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendakwa kononnya telah dianugerahi gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' serta menipu golongan yang tidak bersalah, kata Pemuda MIC pada Sabtu.

Ketuanya T.Mohan berkata kerajaan juga perlu mewujudkan pangkalan data berpusat yang mengumpul semua gelaran yang dianugerahi kepada masyarakat oleh kerajaan persekutuan dan negeri, termasuk Wilayah Persekutuan.

Pangkalan data berpusat itu akan membolehkan orang ramai menyemak penyandang gelaran di negara ini, dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa pihak yang diragui perwatakannya, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Sabtu.

Mohan mengulas laporan akhbar mengenai seorang daripada peguam yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi, bukanlah bergelar 'Datuk'.

"Kerajaan juga perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menerima aduan mengenai pihak yang akan dianugerahi darjah kebesaran bagi memastikan imej kerajaan dan istana tidak terjejas," kata beliau, sambil menambah darjah kebesaran seharusnya hanya dianugerahi kepada mereka yang memberi perkhidmatan cemerlang kepada negeri yang berkenaan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Laluan Lebuhraya Utara Selatan Kembali Sesak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain