suria

Hari Malaysia Erat Perpaduan Rakyat - S.Subramaniam

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata Hari Malaysia yang disambut Khamis telah mengeratkan lagi perpaduan rakyat dan mengukuhkan hasrat mereka untuk menjadikan negara ini sebagai contoh kepada negara lain.

Beliau berkata Malaysia telah lama wujud sebagai negara yang bersatu padu di kalangan rakyatnya yang pelbagai kaum selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Malahan negara-negara lain telah menghantar perwakilan khas mereka ke Malaysia untuk mempelajari model kita sebagai negara yang bersatu padu.

"Ini adalah sesuatu yang unik yang perlu kita banggakan," katanya yang juga naib presiden MIC dalam perutusan sempena Hari Malaysia.

Dr Subramaniam yang kini menghadiri mesyuarat kerjasama ekonomi Asia Pasifik peringkat menteri yang ke-5 di China berkata, usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan cara hidup dan perpaduan yang sedia wujud di negara ini.

"Kita mesti mendalami kefahamanan tentang pelbagai tradisi dan budaya rakyat negara ini.

"Sebarang bentuk fahaman ekstrem tidak boleh dibiarkan wujud dan kita mesti membendung individu yang mahu mengganggu keselamatan dan keamanan negara," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain