Najib Sampai Salam Aidilfitri Melalui Laman Facebook - Semasa | mStar

Najib Sampai Salam Aidilfitri Melalui Laman Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan salam Aidilfitri kepada rakyat Malaysia sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri esok di laman Facebook beliau.

"Kepada rakyat Malaysia di tanah air mahupun di perantauan, salam Aidilfitri dari saya sekeluarga," kata beliau dalam mesej khas Aidilfitri kad raya rasminya yang telah dimuat turun di laman Facebook beliau, malam ini.

Kad Aidilfitri perdana menteri itu telah menarik minat dan komen dari 300 peminat dan rakan-rakan beliau di Facebook dalam tempoh beberapa jam selepas ia dimuat turun.

Mereka juga turut mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan salam Aidilfitri kepadanya.

Seorang peminatnya Lam Yuen Hou berkata: "Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin, dear PM! May the Almighty bless you and guide you always, to enable you to lead this nation of ours to greater height, harmony and prosperity! Thank you".

"Selamat Hari Raya kepada YAB Dato' Sri sekeluarga.... Moga2 Allah memberi rahmat kepada kita semua dan mengharapkan Malaysia terus maju," kata Termizi Ahmad. - BERNAMA

Artikel Berikut

Pekerja Kilang Gagal Ketepi Hukuman Penjara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain