suria

4 Pembaiki Piano Didakwa Merogol

SHAH ALAM: Empat pembaiki piano yang berasal dari Sabah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Rabu, atas tuduhan merogol seorang remaja yang merupakan kenalan kepada salah seorang tertuduh.

Majirin Masungkit, 28, Saladin Ajim, 31, Mohamad Yassar Wandi Modin, 20, dan Suhimin Tius, 19, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu antara pukul 4 pagi dan 10.30 malam, 27 Ogos lalu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 16 tahun enam bulan di tingkat atas rumah kedai, nombor 33, Jalan Melor 2, Desa Melor, Serendah, Hulu Selangor, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarasi mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan jaminan semua tertuduh pada jumlah RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 13 Oktober depan untuk lantikan peguam.

Artikel Sebelum

Umno Dan MCA Bantu Mangsa Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain