suria

Remy Ishak Tiada Tempat Di Hati David Teo

Remy Ishak
 Remy Ishak
Remy Ishak

BEBERAPA minggu lalu Niezam pergi ke satu majlis berbuka puasa dan berjumpalah dengan produser David Teo.

Kami borak dari kes panas David mengenai isunya di Finas sampailah kisah dia dah berdamai dengan Pierre Andre.

Kata David, dia dah maafkan Pierre. Selepas itu dia pun hulurkan satu kontrak baru yang Pierre perlu tanda tangan. Wah bijak betul David. Maknanya selepas ini Pierre kena sambung kerja dengan David dan tak boleh “lari” macam dulu lagi. Tak apalah... itu kisah macam mana orang berniaga buat bisnes.

Niezam tanya David sekarang ini ramai pelakon hebat macam Remy Ishak. Dia tak nak ambil ke Remy berlakon dalam filem dia? Bila sebut saja nama Remy, David macam nak naik angin. Kata David, tak ada pelakon macam Remy pun, dia masih boleh buat filem. Tak ada orang macam Remy pun filem dia boleh juga boxoffice.

Aik... kenapa tiba-tiba naik angin? Rupa-rupanya David kurang senang dengan perangai Remy selepas dia mendapat laporan daripada seorang pelakon wanita yang bernaung di bawah syarikatnya.

Kata David pelakon wanita itu mengadu sambil menangis selepas diperlekehkan oleh Remy.

Pelakon baru itu dikatakan hendak digandingkan dengan Remy untuk satu sesi fotografi tetapi Remy telah menolak permintaan itu atas alasan tidak setanding.

Maknanya Remy sekarang sudah popular dan jangan siapa-siapa nak tumpang populariti dia apatah lagi pelakon berhingus yang masih baru.

Apabila pelakon tersebut mengadu kepada David, terus David pun naik angin. David berjanji kepada pelakon wanita itu yang suatu hari nanti dia akan popular lebih hebat daripada Remy selepas berlakon dalam filem-filemnya.

“Saya tak perlu pelakon macam Remy. Saya pun tak kenal dia. Saya boleh bentuk pelakon saya sendiri. Orang macam Remy saya tak akan ambil berlakon dalam filem saya,” kata David jujur.

Kalau benar Remy bersikap macam tu, dia tidak patut dilayan kerana sudah mula sombong dan besar kepala. Itu pun kalau cerita daripada David betullah. Inilah masalahnya orang kita bila jadi artis terus perasan hebat. Orang yang macam itu tak boleh nak tahan lama. Lepas ni bila muncul hero-hero baru, orang akan tendang ke tepi.

Kepada Remy, jika benar dah mula berlagak, ingatlah pula asal-usul. Harap-harap Remy tak macam itu.

Niezam: Ramai artis yang lupa diri susah nak berjaya... ingat tu...

Terima kasih Norman, terima kasih

DALAM satu artikel yang ditulis wartawan paling cun, Kemalia, menerusi mStar Online pada 3 September lepas, Norman Hakim berkata dia berdebar melalui pengalaman bertunang kali kedua. Pengalaman pertama dulu banyak memberi dia pengajaran.

Membaca kenyataan itu Niezam tersengeh sedikit. Maka Niezam pun terus terbayang bagaimana menghadiri majlis pertunangan Norman dan Abby lapan tahun lalu iaitu pada 11 Januari 2002 di Keramat, Kuala Lumpur.

Pada malam selepas mereka bertunang itu, Niezam dan tiga wartawan lain iaitu Saharudin Musthafa, Tengku Khalidah dan Rosli Manah melakukan “tawaf” seluruh Keramat untuk mengesan betulkah mereka bernikah beberapa jam lepas bertunang.

Niezam masih ingat, masa tu kereta Proton Tiada milik Rosli menjadi mangsa untuk misi itu tetapi sayangnya kami tidak berjaya mengesan mereka. Norman dan Abby begitu cekap. Mereka bernikah senyap-senyap di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bila Norman buat kenyataan kepada Kemalia dia berdebar bertunang kali kedua, Niezam nak bagi tahu Norman tak payah nak berdebar lagi. Kali ini wartawan sudah tak ingin nak pusing “satu Keramat” macam kisah lapan tahun dulu itu.

Cuma Norman seharusnya berdebar kalau dia masih nak ulang kesilapan yang pernah dia buat sehingga menyusahkan orang dulu.

Niezam tahu, wartawan memang selalu buat kerja susah dan selalu juga menyusahkan orang. Itu kerja wartawan. Tapi kalau ada kerja yang boleh jadi senang di antara aris dan wartawan, itu lebih bagus.

Kali ini Norman tak mahu sorok lagi kisah dia nak bertunang pada Hari Raya keempat nanti di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu di rumah keluarga Memey.

Dengan pengakuan dan penjelasan ikhlas Norman itu, Niezam dan tiga wartawan yang bagi nak mati diarahkan boss mengesan lokasi Norman dan Abby “main sorok-orok” dulu tu mengucapkan terima kasih. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kerana tidak mengulangi drama sebabak itu lagi.

Cuma yang Niezam nak tumpang gelak sekali lagi, selama ini Memey dan Norman tak mengaku ada perasaan cinta. Masih nak sorok juga tetapi akhirnya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Niezam: Terima kasih kepada pembaca yang menyokong Mingguan mStar dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain