suria

Gangguan Bekalan Air Di Port Dickson Rabu Ini

SEREMBAN: Beberapa kawasan di Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air selama 10 jam mulai 8 pagi Rabu ini berikutan kerja-kerja pembaikan injap cuci dilaksanakan.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata kerja-kerja pembaikan yang tidak dijadualkan itu perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan pelanggan mengalami gangguan bekalan air yang lebih lama.

"Kerja-kerja pembaikan ini juga diharapkan dapat memastikan pelanggan mendapat sumber bekalan yang secukupnya sempena musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Kawasan yang terlibat dengan gangguan itu ialah Batu 1 Jalan Seremban ke pekan Lukut, Shell Refinery, Jimah Power Station, Bandar Springhill, Kampung Jimah, Tanah Merah Site C dan Taman D'Ambang Kota.

Katanya bekalan air dijangka pulih secara berperingkat mulai pukul 6 petang pada hari yang sama manakala beberapa kawasan tinggi dijangka mengambil masa.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari itu diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - BERNAMA

Artikel Lain