suria

Polis Tahan 15 GRO China Di Seremban

SEREMBAN: Polis menahan 15 pelayan pelanggan (GRO) warga China dalam 'Ops Noda' di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Ujung di sini malam tadi.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri Asisten Supritendan (ASP) Habibi Majinji berkata dalam operasi dua jam bermula pukul 9 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang merupakan penjaga pusat hiburan berkenaan.

"Wanita yang ditahan itu berusia antara 18 dan 46 tahun. Ketika serbuan dijalankan mereka didapati bersembunyi dalam sebuah bilik rahsia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Habibi, yang mengetuai operasi itu, berkata kesemua wanita yang ditahan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain