suria

Peniaga Komtar Bantah Tindakan Kerajaan Negeri Larang Berniaga

Salah seorang peniaga bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Saira Banu Abdul Latif,48, tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melarang mereka berniaga di George Town pada Isnin.
Salah seorang peniaga bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Saira Banu Abdul Latif,48, tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melarang mereka berniaga di George Town pada Isnin.
Salah seorang peniaga bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Saira Banu Abdul Latif,48, tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melarang mereka berniaga di George Town pada Isnin.

GEORGE TOWN: Lebih 100 peniaga membantah keputusan kerajaan negeri untuk mengubah suai tapak bazar Ramadan dan menganggu aktiviti perniagaan mereka sepanjang tempoh itu.

Mereka berkumpul di aras tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, antara pukul 10 pagi tadi hingga 12 tengah hari sambil menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai apa yang didakwa keputusan saat akhir pihak berkuasa.

Sambil melaungkan “Kami tidak puas hati!”, peniaga di situ mendakwa mereka dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan itu pada Ahad oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) walaupun sewa sebanyak RM4,000 untuk setiap gerai telah dibayar pada awal Julai.

Namun, pada tengah hari, sejumlah 27 peniaga dilihat telah membawa peralatan ke gerai masing-masing dan beroperasi seperti biasa tanpa menghiraukan perintah yang telah dikeluarkan.

Beberapa orang anggota polis juga turut kelihatan di tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Naib Presiden Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, pengubahsuaian itu tidak wajar dilakukan pada masa ini terutamanya Ramadan yang bakal tiba dan peniaga telah menjalankan aktiviti di situ sejak 20 tahun yang lalu.

Bagaimanapun, reaksi mengenai bantahan peniaga di situ hanya boleh diketahui esok setelah usaha mereka untuk bertemu dengan Timbalan Menteri 1, Mansor Othman pada Isnin gagal kerana beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menghadiri satu mesyuarat.

Mohamed Ghani dalam pada itu berkata mereka akan meneruskan dengan pertemuan dengan pegawai pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri seperti yang dijadulkan.

Sementara itu, seorang pekerja gerai menjual pakaian tradisional dan skaf yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, majikannya telah mengarahkannya untuk membuka gerai.

Manakala seorang lagi peniaga, Aminah Hassan, 38 berkata, dia telah membelanjakan lebih daripada RM70,000 untuk membeli pakaian tradisional dan aksesori untuk dijual di sana.

“Apa akan terjadi jika kami tidak dibenarkan berniaga di sini malah kami tidak diberikan alternatif lain untuk meneruskan perniagaan.

“Saya belum menghadapi masalah seperti ini sepanjang 15 tahun saya beroperasi di sini setiap Ramadhan, saya tidak faham mengapa kerajaan negeri memilih waktu ini untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian," tambahnya.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Abdul Majib Abdullah yang menjual kek dan biskut berkata, ini adalah kali pertama dia mengalami pengalaman yang disifatkan sebagai tidak berhati perut sepanjang enam tahun dia berniaga di sini.

"Saya berniaga untuk mencari rezeki tambahan untuk persiapan Hari Raya, tetapi kejadian seperti ini pula berlaku," kata bapa kepada enam cahaya mata itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain