TUDM Cari Tapak Baru Ganti Pangkalan Sungai Besi - Semasa | mStar

TUDM Cari Tapak Baru Ganti Pangkalan Sungai Besi

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan pangkalan baru bagi menggantikan pangkalan sedia ada di Sungai Besi.

Timbalan Panglima TUDM Lt Jen Datuk Shahron Ibrahim berkata TUDM dan Kementerian Pertahanan masih mengkaji lokasi strategik yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk memindahkan pangkalan Sungai Besi ke lokasi baru.

"Kita telah meninjau beberapa lokasi, namun keputusan belum boleh ditetapkan kerana proses ini memerlukan perancangan dan kajian rapi. Kita masih mencari lokasi yang pastinya mesti strategik dan sesuai sebagai pangkalan logistik," katanya kepada pemberita selepas pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang 153 pegawai dan anggota TUDM di Pangkalan Sungai Besi, pada Khamis.

Shahron berkata Pangkalan Sungai Besi tidak akan ditutup tahun ini tetapi lokasi baru itu perlu ditetapkan tahun ini kerana proses membangunkan sebuah pangkalan mengambil masa kira-kira tiga tahun.

Selain itu, proses memindahkan Pusat Operasi Tentera Udara serta inventori dan sistem pertahanan tidak mudah dilaksanakan kerana memerlukan perancangan rapi dan perpindahan secara berperingkat-peringkat, katanya.

Pada Jun lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pangkalan itu yang dahulunya merupakan Lapangan Terbang Sungai Besi akan ditutup bagi memberi laluan kepada projek pembangunan 'Greater KL' seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Lapangan terbang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan dan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta serta pelabur asing, malah satu perjanjian telah ditandatangani membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah.

Lapangan Terbang Sungai Besi merupakan lapangan terbang pertama di negara ini.

Shahron, yang telah berkhidmat selama 40 tahun dan akan bersara tidak lama lagi, berkata beliau akan menghabiskan baki cutinya dan mengikuti kursus peralihan wajib sebelum sepenuhnya bersara pada 23 Mac tahun depan.

"Saya percaya saya telah buat yang terbaik untuk pasukan dan organisasi. Saya harap ATM termasuk TUDM akan terus cemerlang dan komited serta menjadi institusi yang digeruni," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Beradik Maut Nahas Dua Kereta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.