suria

Mayat Lelaki Separuh Rentung Ditemui Di Kawasan Buang Sampah Terbiar

MELAKA: Mayat seorang lelaki separuh rentung dipercayai mangsa pembunuhan ditemui dengan kesan tetakan di bahagian kepala di satu kawasan buangan sampah terbiar di belakang Taman Bukit Katil Damai dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner (ACP) Salehhudin Abd Rahman berkata mayat berusia 20-an, ditemui seorang mandur, Ho Chin Chong, 42, yang melalui kawasan itu pada kira-kira pukul 10.30 pagi ketika bermotosikal ke kebun.

Salehhudin berkata motif pembunuhan masih disiasat dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, beliau berkata lelaki itu dipercayai bangsa India dan identiti belum dikenalpasti.

Salehhudin berkata mayat itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain