GAP Dakwa Jabatan AS Biayai Yayasan Yang Pernah Diteraju Anwar - Semasa | mStar

GAP Dakwa Jabatan AS Biayai Yayasan Yang Pernah Diteraju Anwar

KUALA LUMPUR: The Government Accountability Project (GAP), organisasi pemberi maklumat bukan kerajaan Washington DC, mendedahkan Yayasan Masa Hadapan (FFF), organisasi yang pernah diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS).

Dalam laporan setebal 42 muka surat yang dikeluarkan pada 8 Julai, GAP membuat rumusan itu berdasarkan ratusan dokumen yang dihantar kepadanya di bawah Akta Kebebasan Maklumat AS.

GAP berkata FFF sebenarnya ditubuhkan dan dibiayai oleh Jabatan Negara AS atas arahan Elizabeth Cheney, anak Naib Presiden ketika itu Dick Cheney, dan kalangan neokonservatif dalam pentadbiran Bush.

Laporan oleh The Asia Sentinel, sebuah penerbitan laman web Asia, menyatakan GAP juga mendapati FFF ditubuhkan dan beroperasi secara "di luar aturan dan menyimpang" oleh pegawai pentadbiran dan warga kerja pentadbiran Bush, termasuk Shaha Ali Riza.

Shaha telah dikenal pasti sebagai teman wanita Paul Wolfowitz, dan Wolfowitz telah dipaksa meletakkan jawatan sebagai presiden Bank Dunia pada Jun 2007 selepas diketahui bahawa beliau telah menaikkan pangkat Shaha dengan tangga gaji tiga kali ganda lebih tinggi.

The Asia Sentinel mendakwa Anwar sebelum ini menafikan sebarang pembiayaan oleh AS dalam FFF, yang ditubuhkan pada 2005 sebagai "barisan depan penting dalam memerangi keganasan global" dan sebahagian daripada "agenda pembebasan" Presiden George Bush untuk menggalakkan demokrasi dan pembaharuan di Timur Tengah dan Afrika.

Anwar telah didesak oleh banyak pihak supaya memberikan penjelasan mengenai pembiayaan FFF', termasuk Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Wang padanan untuk membiayai FFF sepatutnya datang dari 11 negara.

Akhirnya, GAP berkata kurang separuh daripada AS$60 juta untuk pembiayaan awal yayasan itu (seperti diunjurkan oleh Elizabeth Cheney) yang menjadi kenyataan.

GAP berkata usaha multilateral itu kemudiannya telah bertukar kepada inisiatif unilateral AS yang hanya disokong oleh Jordan dan beberapa negara Eropah, dan akhirnya sebahagian besar daripada pembiayaan itu datang daripada AS, yang telah mencabuli semangat pengubalan undang-undang dalam penubuhan yayasan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Dua Maut Dalam Dua Kemalangan Di Rompin

Artikel Berikut

Golongan Muda Muflis Kerana Kad Kredit

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain