suria

Permohonan Maaf, Penarikan Balik Berita “Puncak Niaga Pecat Pekerja?”

PETALING JAYA: mStar Online pada Jumaat, 9 Julai telah menyiarkan satu laporan berita bertajuk “Puncak Niaga Pecat Pekerja?” dengan memetik sumber-sumber sebagai berkata, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) bakal memecat 28 kakitangannya secara berperingkat mulai Ogos ini.

Bagaimanapun, PNHB dalam satu kenyataannya bertarikh 14 Julai menjelaskan, syarikat itu tidak pernah mengeluarkan sebarang notis pemberhentian kerja atau melakukan pemecatan ke atas mana-mana stafnya sebagaimana yang dilaporkan itu.

Sehubungan itu, mStar Online menarik balik laporan berita berkenaan dan memohon maaf kepada PNHB di atas segala kesulitan yang timbul ekoran daripada laporan tersebut.

Artikel Lain